Mad Bomber: Permulaan

Salah satu surat dari Mad Bomber

Salah satu surat dari Mad Bomber

Mad Bomber: Permulaan

Keganasan Mad Bomber bermula pada November 16, 1940 apabila bom pertamanya dijumpai di bangunan Consolidated Edison di West 64th Street. Bom tersebut disimpan dalam kotak kayu dan diletakkan di atas salah satu bingkai tingkap bangunan tersebut.

Namun, tiada yang perasan akan perbuatannya. Kejadian terlepas pandang ini berlaku kerana Con Edison merupakan syarikat utiliti yang besar dan memiliki pekerja yang ramai. Kehadiran keluar masuk pekerja atau orang awam tidak dapat lagi dibezakan.

Walaubagaimanapun, bom buatan sendiri itu tidak meletup dan terdapat satu nota yang membalutinya; yang ditulis dengan menggunakan beberapa patah perkataan yang digunting daripada sumber-sumber yang lain. Nota tersebut berbunyi “CON EDISON CROOKS, THIS IS FOR YOU.”

Bom tersebut dijumpai oleh salah seorang pekerja yang seterusnya menghubungi unit bom dan hasil siasatan, pihak berkuasa tidak dapat sebarang petunjuk yang mampu membantu mereka mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab. Pihak berkuasa juga tidak dapat menjumpai sebarang cap jari.

Namun, satu persoalan timbul mengenai tujuan asal penjenayah. Adakah penjenayah sengaja untuk tidak meletupkan bom tersebut? Ini kerana nota yang ditinggalkan akan musnah sekiranya bom tersebut meletup.

Polis memulakan siasatan dengan memeriksa semua rekod pekerja yang baru sahaja diberhentikan atau mempunyai dendam (motif) tetapi tidak dijumpai. Usaha polis terhenti setengah jalan kerana polis merasakan kes tersebut sukar untuk diselesaikan dan mereka lebih menumpukan perhatian kepada kes yang lebih mudah.

Kejadian pertama berlaku tanpa mendapat perhatian pihak akhbar dan hanya dalam beberapa bulan, pihak polis dan syarikat telah melupakannya.

Keadaan aman ini hanya bertahan selama setahun, apabila bom kedua Mad Bomber dijumpai di 19th Street, beberapa bangunan dari pejabat Con Edison dan kali ini tiada nota dikepilkan. Pihak berkuasa percaya, bom tersebut ingin diletakkan dalam bangunan Con Edison tapi atas sebab-sebab tertentu, penjenayah tidak berjaya dan membuangnya dalam perjalanan pulang.

Hasil siasatan polis menunjukkan, bom kedua ini menyerupai bom yang pertama. Sekali lagi, bom tersebut tidak meletup dan pihak akhbar tidak melaporkannya. Ketika itu, pihak akhbar lebih banyak memaparkan berita mengenai peperangan yang berlaku di seluruh dunia.

Tiga bula kemudian, selepas pihak Amerika Syarikat terlibat dalam peperangan dunia kedua, Mad Bomber menghantar satu surat ke pihak polis Manhattan.

Surat tersebut mengatakan penjenayah tidak akan membuat sebarang bom sehingga peperangan berakhir dan dia akan menyambung usahanya kemudian. Namun, dia tetap berjanji untuk menghukum Con Edison.

Sebahagian dari surat tersebut ditulis dengan tangannya sendiri dan polis tertarik dengan huruf W yang ditulisnya dengan cara yang unik. Di akhir surat tersebut, Mad Bomber menulis perkataan F.P.

Dalam tempoh 9 tahun, penjenayah tidak meletakkan sebarang bom tetapi dalam tempoh tersebut juga, dia telah menghantar beberapa surat ke pihak Con Edison, polis, panggung wayang dan individu.

Hanya pada 25 Mac 1950, bom ketiga Mad Bomber dijumpai di Stesen Grand Central. Hasil kerja tangannya kini lebih cekap dan lebih kemas berbanding kedua bom yang sebelumnya. Ketika ini polis merasakan penjenayah hanya ingin menggertak sahaja dan tidak berniat untuk meletupkannya berdasarkan dua kes pertama.

Walaubagaimanapun, jangkaan polis meleset apabila pada 24 April 1950, bom keempatnya meletus di telefon awam berhadapan Perpustakaan Awam New York dan diikuti letupan di Grand Central.

Ikuti lagi kisah letupan Mad Bomber dan penglibatan pihak akhbar untuk mendapatkan perhatian penjenayah dalam siri akan datang.

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a comment