Mad Bomber: Permulaan

Salah satu surat dari Mad Bomber

Salah satu surat dari Mad Bomber

Mad Bomber: Permulaan

Keganasan Mad Bomber bermula pada November 16, 1940 apabila bom pertamanya dijumpai di bangunan Consolidated Edison di West 64th Street. Bom tersebut disimpan dalam kotak kayu dan diletakkan di atas salah satu bingkai tingkap bangunan tersebut.

Namun, tiada yang perasan akan perbuatannya. Kejadian terlepas pandang ini berlaku kerana Con Edison merupakan syarikat utiliti yang besar dan memiliki pekerja yang ramai. Kehadiran keluar masuk pekerja atau orang awam tidak dapat lagi dibezakan.

Walaubagaimanapun, bom buatan sendiri itu tidak meletup dan terdapat satu nota yang membalutinya; yang ditulis dengan menggunakan beberapa patah perkataan yang digunting daripada sumber-sumber yang lain. Nota tersebut berbunyi “CON EDISON CROOKS, THIS IS FOR YOU.”

Bom tersebut dijumpai oleh salah seorang pekerja yang seterusnya menghubungi unit bom dan hasil siasatan, pihak berkuasa tidak dapat sebarang petunjuk yang mampu membantu mereka mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab. Pihak berkuasa juga tidak dapat menjumpai sebarang cap jari.

Namun, satu persoalan timbul mengenai tujuan asal penjenayah. Adakah penjenayah sengaja untuk tidak meletupkan bom tersebut? Ini kerana nota yang ditinggalkan akan musnah sekiranya bom tersebut meletup.

Continue reading

Rangkuman: George Metesky (Mad Bomber)

Surat dari George Metesky

Surat dari George Metesky

George Metesky

George Metesky atau gelarannya Mad Bomber telah diklasifikasikan oleh TruTV dan Wikipedia sebagai seorang pengganas, manakala penulis Colin Wilson secara tidak langsung telah mengklasifikasikan Metesky sebagai pembunuh apabila nama dan kisah Metesky dicatat dalam buku Serial Killer Investigations.

Situasi ini sering berlaku kerana untuk mengklasifikasikan penjenayah adalah bukan perkara yang mudah. Permasalahan ini wujud kerana proses pengklasifikasiannya begitu subjektif dan penjenyah kebiasaanya tidak sekadar melakukan satu jenis jenayah sepanjang hidupnya.

Bagi KP, Metesky seharusnya diletakkan di bawah kategori pengganas kerana sepanjang penglibatannya sebagai seorang penjenayah, Metesky tidak pernah membunuh. Kebanyakkan mangsanya hanyalah mengalami kecederaan.

Walaubagaimanapun, hasil ketidakwarasan dan keganasannya telah menjadikan bandar New York sebagai bandar yang tidak selamat selama 16 tahun. Berpunca dari perasaan tidak puas hati dan dendam, Metesky dikatakan telah meletakkan 28 bom buatan sendiri di hampir semua kawasan awam termasuk terminal bas, panggung wayang dan stesen radio.

Continue reading