Alexander Bukan Zulkarnain

Ribuan terima kasih dihulurkan kepada setiap insan yang mengikuti dan menonton Alexander Bukan Zulkarnain yang ditayangkan di Astro Oasis setiap hari Jumaat pada jam 10 malam.

Akhirnya…

Masuk Jerat

Masuk Jerat

Akhirnya D7 kembali mengganas. Itu yang KP dapat nyatakan setelah sekian lama KP tidak mendengar khabar kejayaan besar bahagian D7 (anti maksiat, perjudian dan kongsi gelap) dari IPK Kuala Lumpur.

Mungkin terdapat beberapa operasi yang dijalankan kebelakangan ini, tetapi tiada yang sampai ke pendengaran pihak wartawan apatah lagi orang awam. Sumber atau lebih gemar KP gelarkannya sebagai kawan, pernah berkata kebelakangan ini Unit D7 lebih banyak tertumpu kepada kes perjudian dan jarang KP dengar mengenai serbuan terhadap markas maksiat.

Ada beberapa desas desus yang tersebar yang bertitik tolak dari sikap berdiam diri unit D7 dan KP tidak mahu menghuraikan desas desus tersebut di dalam catatan ini kerana kebanyakkan adalah benar.

KP tidak mahu kerana nila setitik atau beberapa titik, rosak imej Polis Diraja Malaysia.

Serbuan terbaru yang dilakukan terhadap pesta seks yang dianjurkan di sebuah hotel di Jalan P. Ramlee, mengingatkan kembali KP kepada kegerunan penganjur-penganjur aktiviti maksiat terhadap unit tersebut. Malah kegerunan tersebut mengakibatkan aktiviti penganjur serta pelanggan mereka terhad.

Continue reading

Kereta anda mungkin jadi sasaran

Kenyataan Akhbar dari Ketua Siasatan Jenayah Bukit Aman, muka surat 1

Kenyataan Akhbar dari Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, muka surat 1

Tiada kereta yang selamat dari cubaan curi kenderaan oleh penjenayah. Itu yang KP boleh rumuskan apabila merujuk kepada artikel New Straits Time yang berjudul ‘Many car thieves ‘getting inside help’ pada 20 Disember 2008 dan jawapan balas Ketua Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin pada Disember 22.

Berdasarkan kedua-dua artikel tersebut, bilangan kenderaan dicuri telah meningkat hampir 1500 unit kepada 12,247 unit pada 2007 berbanding setahun sebelumnya. Lebih malang lagi, apabila dirujuk secara puratanya, 30 hingga 35 buah kereta akan hilang setiap hari.

Kenyataan Akhbar daripada Ketua Siasatan Jenayah (mukasurat 2)

Kenyataan Akhbar daripada Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman (mukasurat 2)

Walaupun angka kereta yang hilang tersebut hanya 0.17 peratus dari jumlah kereta yang berdaftar di seluruh negara (7,419,643 pada 2007). Bagi KP, angka tersebut sudah cukup memeranjatkan dan merisaukan kerana kita tidak tahu bila kisah malang ini akan menjadi salah satu siri dalam kehidupan kita.

Sekiranya, sumber yang dipetik oleh NST mengatakan kereta mewah yang beharga lebih RM120,000 menjadi sasaran penjenayah kerana permintaan spare partnya yang agak tinggi di luar negara terutama di Afrika, tidak bermakna kenderaan yang murah dari harga tersebut terjamin keselamatannya.

Datuk Bakri turut mengatakan hanya 29 peratus dari jumlah kenderaan curi tersebut adalah kenderaan mewah. Ini bermaksud majoriti peratus kenderaan yang dicuri masih lagi kereta yang di bawah harga RM120,000.

Continue reading

Lagi Aksi Menarik

Giliran KP pula

20122008311

Cermin Kereta KP Kena Pecah

Hari ini, 21 Disember 2008, akan menjadi satu tarikh yang KP akan ingat buat selamanya. Bukan kerana tarikh ini menyimpan memori yang indah, tetapi sebaliknya.

Setelah sekian lama KP melibatkan diri dalam dunia jenayah sebagai penglipur lara, pada tarikh inilah KP buat pertama kali menjadi mangsa.

Segalanya bermula ketika KP pulang dari kerja pada jam 2 pagi. Seperti hari-hari yang lain, KP tidak langsung merasakan kelainannya. Malah KP menggunakan setiap saat yang berlalu seperti hari-hari sebelumnya.

KP meninggalkan kereta di hadapan rumah dengan keadaan yang cermat dan selamat. Segalanya berkunci, tanpa sebarang benda penting ditinggalkan di dalam kereta. .

Namun, hari yang bersemangat buat KP sekelip mata berubah menjadi hiba. Pada jam 11.35 pagi, setelah KP bersiap sedia untuk kembali ke pejabat, KP mendapati tingkap penumpang sebelah kiri hancur berderai.

Continue reading

Berapa Harga Kehormatan

Berapa Harga Kehormatan

Berapa Harga Kehormatan

Makan untuk hidup atau hidup untuk makan, pernah menjadi persoalan yang sukar dijawab kepada setiap insan di muka bumi ini. Malah, setiap jawapan yang diberikan adalah berlainan bergantung kepada tujuan hidup, nafsu dan bentuk badan.

Tetapi hari ni, KP tertanya-tanya dan seterusnya merombak persoalan tadi. Soalannya kini, “Duit Untuk Hidup atau Hidup Untuk Duit.”

Dalam ramai penghuni dunia cuba mempertahankan maruah dan kehormatan diri terutama sejak jenayah seks mula menular pada pertengahan abad ke 19, ada diantara kita sanggup menjual kehormatan dan maruah diri dengan harga yang murah.

Continue reading

Salah Langkah…