Mad Bomber: Permulaan

Salah satu surat dari Mad Bomber

Salah satu surat dari Mad Bomber

Mad Bomber: Permulaan

Keganasan Mad Bomber bermula pada November 16, 1940 apabila bom pertamanya dijumpai di bangunan Consolidated Edison di West 64th Street. Bom tersebut disimpan dalam kotak kayu dan diletakkan di atas salah satu bingkai tingkap bangunan tersebut.

Namun, tiada yang perasan akan perbuatannya. Kejadian terlepas pandang ini berlaku kerana Con Edison merupakan syarikat utiliti yang besar dan memiliki pekerja yang ramai. Kehadiran keluar masuk pekerja atau orang awam tidak dapat lagi dibezakan.

Walaubagaimanapun, bom buatan sendiri itu tidak meletup dan terdapat satu nota yang membalutinya; yang ditulis dengan menggunakan beberapa patah perkataan yang digunting daripada sumber-sumber yang lain. Nota tersebut berbunyi “CON EDISON CROOKS, THIS IS FOR YOU.”

Bom tersebut dijumpai oleh salah seorang pekerja yang seterusnya menghubungi unit bom dan hasil siasatan, pihak berkuasa tidak dapat sebarang petunjuk yang mampu membantu mereka mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab. Pihak berkuasa juga tidak dapat menjumpai sebarang cap jari.

Namun, satu persoalan timbul mengenai tujuan asal penjenayah. Adakah penjenayah sengaja untuk tidak meletupkan bom tersebut? Ini kerana nota yang ditinggalkan akan musnah sekiranya bom tersebut meletup.

Continue reading