Apa ada pada Jenayah Seks?

Apa ada pada Jenayah Seks? Setiap jam, tidak, mungkin setiap minit atau lebih teruk lagi kalau KP rasakan setiap saat, jenayah melibatkan seks akan berlaku dimuka bumi. Namun, jenayah seks bukan berlaku kerana seks tetapi kerana kepuasan dan kekuasaan.

Jenayah Seks

Jenayah Seks

Istilah jenayah seks mula wujud selepas pertengahan abad ke 19.

Pada 1867, Frederick Baker, seorang kerani, telah mengerat seorang kanak berusia lapan tahun, Fanny Adams ke beberapa bahagian. Namun, melalui lidah Baker merayu dan mengatakan dia tidak bersalah. Tetapi melalui catatan diarinya mengatakan ‘membunuh seorang gadis kecil memberikan satu kenikmatan.”

Ajen FBI, Roy Hazelwood pernah mengatakan jenayah seks berlaku bukan kerana seks, tetapi untuk mencapai kekuasaan, kekuasaan dalam bentuk pemikiran. Hazelwood pernah menghuraikan satu tabiat perogol. Perogol tersebut akan mengintai seorang gadis selama beberapa sebelum merogolnya.

Apabila Hazelwood bertanya mengapa rogol gadis tersebut, penjenayah tersebut berkata: “Merogol adalah satu jenayah yang paling kurang nikmatnya.”

“Oleh itu, kenapa tidak berhenti setakat mengintai sahaja?” tanya Hazelwood dan kali ini jawapan dari penjenayah: “Adalah merupakan satu jenayah bagi saya kalau saya tidak merogolnya setelah apa yang telah saya lakukan.”

Dengan kata lain, merogol bukanlah satu kenikmatan utama penjenayah terbabit tetapi keseluruhan proses tersebut. Mengintai dan memerhatikan setiap pergerakan mangsa tersebut sebelum menamatkanya adalah nikmat utama penjenayah, seperti tabiat kucing apabila menemui tikus, mangsanya.

Jika dilihat kepada segala sudut mengenai jenayah seks, jenayah tersebut bukanlah berpunca kerana kehendak seks tetapi sekali lagi adalah kekuasaan. Jika dirujuk kepada kes Donald ‘Pee Wee’ Gaskin atau Angelo Buono dan Kenneth Bianchi, keputusannya adalah sama.

Gaskin melakukan jenayah kerana permintaannya ditolak oleh seorang gadis pendaki dan apabila dia membalas dendam, Gaskin merasakan kenikmatannya. Selepas itu, Gaskin meneruskan karier jenayahnya dan lebih dari 12 mangsa telah tewas ditangannya.

Begitu juga pada Buono dan Bianchi yang lebih dikenali sebagai ‘Hillhide Stranglers’. Kerana dendam dengan seorang ibu ayam, kedua-duanya telah menjadikan pelacur milik ibu ayam tersebut sebagai mangsa.

Jika difikirkan kembali, apa yang mendorong kes pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin dan kehilangan Sharlinie Mohd Nashar. Apa yang mendorong atau kekuasaan yang ingin dimiliki oleh Lelaki Kucing.

KP masih menggaru kepala.

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a comment