Albert DeSalvo: Membunuh untuk Matang

Albert DeSalvo

Albert DeSalvo

Terdapat pelbagai motif untuk membunuh. Namun apa yang didefinasikan oleh psikiatrik Dr James A. Brussel terhadap jenayah yang dilakukan oleh Albert DeSalvo amat menarik perhatian KP.

DeSalvo atau lebih dikenali dengan Green Man dan Boston Strangler pernah mengejutkan daerah Boston, Amerika Syarikat apabila beliau rogol dan jerut 13 wanita antara 14 Jun 1962 dan 4 Januari 1964.

Namun apa yang lebih mengejutkan KP adalah kenyataan Brussel, pegawai Psikiatrik yang membantu pihak berkuasa dalam kes George Metesky atau ‘New York Mad Bomber’.

Brussel pernah berkata pemikiran DeSalvo berubah dan semakin matang sepanjang tempoh 2 tahun dia membunuh. Motif utama DeSalvo ketika awal penglibatannya dalam dunia jenayah adalah untuk membalas dendam terhadap ibunya.

Oleh itu, DeSalvo memilih wanita yang hampir seusia ibunya untuk dibunuh. Namun, dalam pertengahan karier jenayahnya, sasaran DeSalvo berubah ke arah gadis yang muda dan mangsa terakhirnya tidak dibunuh.

Corak pemilihan mangsa yang berubah-ubah ini telah menjadikan pegawai penyiasat keliru sehinggakan mereka percaya ada dua pembunuh yang berbeza. Tetapi bagi Brussel, pembunuhnya hanya satu. Brussel berpendapat, perubahan berlaku kerana pemikiran DeSalvo yang semakin matang sepanjang karier jenayahnya.

Continue reading